Notis Perlindungan Data Peribadi Pelanggan

  1. PENGENALAN
    Kami, HSC Healthcare Berhad dan anak-anak syarikat, syarikat-syarikat bersekutu, entiti-entiti kawalan bersama, sekutu (dirujuk sebagai "Kumpulan Syarikat") mengumpul, memegang dan memproses data peribadi anda. Kami bertekad untuk melindungi dan menghormati hak privasi anda dan oleh itu telah mengeluarkan Notis ini untuk memaklumkan mengenai cara kami mengumpul, menggunakan, mengedar dan melindungi data peribadi anda. Untuk tujuan Notis Privasi ini, "kami", "kita" dan ungkapan lain yang seumpama itu merujuk kepada mana-mana syarikat di dalam Kumpulan Syarikat dan "anda" merujuk kepada anda diri sendiri dan orang-orang atau syarikat lain yang diwakili oleh anda di mana anda membekalkan Data Peribadi.Kami, HSC Healthcare Berhad dan anak-anak syarikat, syarikat-syarikat bersekutu, entiti-entiti kawalan bersama, sekutu (dirujuk sebagai "Kumpulan Syarikat") mengumpul, memegang dan memproses data peribadi anda. Kami bertekad untuk melindungi dan menghormati hak privasi anda dan oleh itu telah mengeluarkan Notis ini untuk memaklumkan mengenai cara kami mengumpul, menggunakan, mengedar dan melindungi data peribadi anda. Untuk tujuan Notis Privasi ini, "kami", "kita" dan ungkapan lain yang seumpama itu merujuk kepada mana-mana syarikat di dalam Kumpulan Syarikat dan "anda" merujuk kepada anda diri sendiri dan orang-orang atau syarikat lain yang diwakili oleh anda di mana anda membekalkan Data Peribadi.

    Untuk tujuan Notis ini, "Data Peribadi" mempunyai maksud sepertimana yang ditakrifkan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("APDP").


  2. DATA PERIBADI YANG PERLU DIKUMPUL, DIPEGANG ATAU DI PROSES
    Untuk membolehkan anda menggunakan perkhidmatan kami, kami perlu mengumpul, memegang atau memproses Data Peribadi anda. Sekiranya anda tidak berhasrat untuk memberikan Data Peribadi anda kepada kami, kami mungkin tidak dapat menyediakan perkhidmatan yang anda mengehendaki, atau untuk memberitahu anda mengenai perkhidmatan-perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh kami.

    Data Peribadi anda yang mungkin dikumpulkan oleh kami atau Kumpulan Syarikat melalui media cetak dan saluran digital (termasuk tetapi tidak terhad kepada laman web, mesej teks, media sosial dan aplikasi mudah alih) termasuk, tanpa had kepada:
    1. Maklumat yang telah dikumpul semasa anda mendaftar sebagai pembeli yang berminat dengan melengkapkan borang pendaftaran fizikal atau semasa anda memasuki transaksi jual beli hartanah dengan kami;
    2. maklumat yang telah dikumpul apabila anda mendaftar atau mengemaskini profil dalam talian atau apabila anda mengisi atau mengemas kini maklumat anda dengan kami melalui laman web kami atau mana-mana laman web lain yang disenggarakan oleh Kumpulan Syarikat atau pihak lain yang telah mengarahkan anda ke laman web kami, kandungan semua borang atau dokumen bercetak dan elektronik yang telah dihantar kepada kami melalui cagaran bercetak atau bentuk, laman web Kumpulan Syarikat dan mana-mana platform digital dan mudah alih (seperti e-mel, dan / atau mana-mana media sosial dan aplikasi bagi telefon mudah alih.);
    3. input maklumat yang diperolehi daripada kemudahan dalam talian seperti alat carian dan kalkulator;
    4. maklumat yang telah kami kumpul apabila anda melanggan permohonan MobileHealth2U kami;
    5. keutamaan peribadi anda yang anda pilih apabila menggunakan laman web dan platform digital Kumpulan Syarikat;
    6. maklumat anda yang diperolehi daripada hasil kaji selidik atau pertandingan sama ada melalui dalam talian atau lain-lain;
    7. sebarang mesej, pertanyaan atau komen yang anda serahkan kepada kami melalui laman web Kumpulan Syarikat atau dalam apa jua cara;
    8. maklumat yang diperolehi secara bebas oleh Kumpulan Syarikat daripada sumber-sumber lain yang sah;
    9. imej video yang ditangkap dan disimpan oleh sistem televisyen litar tertutup dipasang di premis Kumpulan Syarikat; dan/atau
    10. kandungan semua Borang dan/atau dokumen yang dikemukakan dan/atau dikumpul oleh Kumpulan Syarikat.


    Data Peribadi anda yang mungkin kami perlukan termasuklah maklumat seperti berikut:-
    1. nombor kad pengenalan/ pasport;
    2. nama (nama kedua-dua individu/syarikat);
    3. jantina;
    4. bangsa dan agama;
    5. alamat e-mel;
    6. nombor telefon (termasuk nombor telefon mudah alih);
    7. alamat surat-menyurat;
    8. jenis hartanah yang diminati dan sebab untuk membeli hartanah tersebut;
    9. angaran gaji tahunan;
    10. orang lain yang boleh dihubungi; dan/atau
    11. kad kredit atau maklumat akaun bank.
    Senarai Data Peribadi yang dinyatakan di atas adalah tidak menyeluruh dan boleh termasuk data peribadi lain bergantung kepada jenis urusniaga atau transaksi dari semasa ke semasa.


  3. TUJUAN PENGUMPULAN DATA PERIBADI
    Kami mengumpul data peribadi bagi tujuan yang berikut:
    1. untuk membolehkan kami memberi maklumat terkini mengenai pengumuman produk atau perkhidmatan terkini dan perkara yang akan datang dengan menghantar kepada anda sebarang kemas kini, produk baru, tawaran istimewa, iklan, bahan promosi dan/atau bahan komersial untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami;
    2. untuk mendapatkan pendapat atau komen anda tentang produk dan perkhidmatan kami;
    3. untuk membolehkan kami menjalankan pengurusan, pentadbiran, jaminan kualiti dan aduan aktiviti dengan cara yang profesional dan cekap;
    4. untuk menjalankan penyelidikan terhadap pengguna dan pasaran;
    5. untuk mengambil tindakan susulan terhadap sebarang pertanyaan atau untuk menjalankan transaksi terhadap perkara yang berkaitan;
    6. untuk menjalankan dan/atau melaksanakan kewajipan kontraktual kami termasuk dan tidak terhad kepada penyerahan pemilikan, penyerahan kunci, pengurusan hartanah, khidmat pelanggan, kerosakan dan pembetulan kerja atau perkhidmatan rumah;
    7. untuk tujuan dalam menyediakan perkhidmatan lain dalam meningkatkan dan menyokong hubungan Kumpulan Syarikat dan anda dan/atau mana-mana orang atau syarikat lain diwakili oleh anda;
    8. untuk menyediakan dan mengemukakan apa-apa tuntutan atau bayaran kepada mana-mana pihak atau bagi apa-apa audit / pemeriksaan oleh mana-mana pihak bagi apa jua tujuan yang berkaitan dengan perniagaan Kumpulan Syarikat;
    9. untuk membolehkan Kumpulan Syarikat melaksanakan fungsi atau kewajipan yang dikehendaki di bawah undang-undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, undang-undang dan/atau garis panduan (sama ada atau tidak mempunyai kesan undang-undang) atau seperti yang dikehendaki oleh kerajaan dan/atau badan bukan kerajaan, agensi atau jabatan atau pihak ketiga yang memerlukan kepastian pematuhan terhadap perjanjian-perjanjian atau dokumen-dokumen;
    10. untuk tujuan penguatkuasaan hak Kumpulan Syarikat menurut apa-apa surat, perjanjian dan/atau dokumen termasuk mendapatkan khidmat nasihat undang-undang dan kewangan, mengambil apa-apa langkah-langkah awal atau memulakan apa-apa tindakan undang-undang;
    11. untuk membuat pendedahan seperti yang dikehendaki bagi mana-mana maksud di atas atau oleh undang-undang; dan/atau
    12. untuk melaksanakan program-program kesetiaan pelanggan.
    (kesemuanya dirujuk sebagai "Tujuan").

    Dari masa ke semasa, kami mungkin menghubungi anda untuk mana-mana tujuan yang dinyatakan di atas atau untuk menghantar notis penting kepada anda melalui panggilan telefon, e-mel, perkhidmatan pesanan ringkas, media sosial atau apa jua bentuk komunikasi yang ada. Anda boleh memilih untuk tidak menerima komunikasi ini jika anda tidak mahu menerima perkara yang dinyatakan diatas daripada kami.


  4. PENZAHIRAN DATA PERIBADI
    Kami tidak akan mendedahkan Data Peribadi kepada pihak ketiga yang tidak tidak berkaitan kecuali:
    1. penzahiran itu adalah untuk tujuan utama yang mana maklumat tersebut dikumpulkan;
    2. individu yang berkenaan telah memberikan persetujuan bagi penzahiran;
    3. pihak ketiga merupakan ejen, pembekal perkhidmatan atau kontraktor kami, di mana mereka hanya boleh mendedahkan dan menggunakan Data Peribadi hanya untuk tujuan yang kami benarkan sahaja;
    4. pihak yang ketiga adalah orang yang terlibat dalam urusan atau dicadangkan untuk berurusan (termasuk jualan) kesemua atau sebahagian daripada aset dan perniagaan kami;
    5. pihak ketiga adalah agensi pelaporan kredit;
    6. pihak ketiga memperolehi atau ingin memperoleh, atau membuat pertanyaan berhubung dengan kepentingan dalam mana-mana syarikat dalam Kumpulan Syarikat;
    7. pihak ketiga memerlukan Data Peribadi anda bagi membolehkan pihak tersebut melaksanakan fungsi atau perkhidmatan yang diperlukan oleh Kumpulan Syarikat;
    8. pihak ketiga memerlukan Data Peribadi anda bagi tujuan penyediaan dan pengemukaan apa-apa tuntutan atau bayaran kepada mana-mana pihak atau bagi apa-apa audit/pemeriksaan oleh mana-mana pihak bagi apa jua tujuan yang berkaitan dengan perniagaan Kumpulan Syarikat;
    9. pihak ketiga memerlukan Data Peribadi anda untuk melaksanakan fungsi atau kewajipan yang dikehendaki di bawah undang-undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, undang-undang dan / atau garis panduan (sama ada atau tidak mempunyai kesan undang-undang) atau seperti yang dikehendaki oleh kerajaan dan / atau badan bukan kerajaan, agensi atau jabatan atau pihak ketiga yang memerlukan kepastian pematuhan terhadap perjanjian-perjanjian atau dokumen-;
    10. pendedahan itu kepada suatu badan korporat yang berkaitan, pembekal atau rakan kongsi perniagaan; dan / atau
    11. penzahiran itu dibenarkan, dikehendaki atau dibenarkan oleh atau di bawah undang-undang.


  5. PEMASARAN
    Kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan memberi nasihat kepada individu yang berkenaan mengenai produk dan perkhidmatan baru dan inisiatif pemasaran yang kami berpendapat mungkin dapat menarik perhatian mereka. Ianya termasuk produk atau perkhidmatan tawaran, surat berita dan maklumat umum mengenai kami atau pihak ketiga.

    Untuk yang tidak berminat menerima maklumat mengenai produk dan perkhidmatan tersebut boleh sama ada:
    1. Hubungi Kami dan memohon untuk dikeluarkan daripada senarai edaran berkaitan; atau
    2. mengikuti arahan "berhenti melanggan" melalui mesej elektronik yang diterima.
    Walaubagaimanapun, hentian melanggan tidak akan mengakhiri penghantaran pemberitahuan berkaitan dengan perkhidmatan dari kami, seperti isyarat e-mel pentadbiran berhubung dengan tetapan akaun anda.


  6. PENYIMPANAN DATA PERIBADI
    Data Peribadi anda akan disimpan sama ada dalam salinan nyata di pejabat kami atau disimpan dalam sistem pelayan yang terletak di dalam atau di luar Malaysia yang dikendalikan oleh kami atau pembekal perkhidmatan dan produk di dalam atau di luar Malaysia.

    Secara umumnya, kami akan menyimpan Data Peribadi anda selama mungkin yang diperlukan. Sebarang Data Peribadi yang dibekalkan oleh anda akan disimpan oleh kami selama diperlukan untuk memenuhi Tujuan yang dinyatakan dalam Perenggan 3 di atas atau diperlukan untuk memenuhi apa-apa kehendak undang-undang dan/atau perakaunan atau untuk melindungi kepentingan kita. Kami akan mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi dimusnahkan atau dipadamkan secara kekal jika ia tidak lagi diperlukan.


  7. KERAHSIAAN DATA PERIBADI
    Data Peribadi yang dipegang oleh kami akan dirahsiakan seperti yang terkandung di dalam Notis ini berdasarkan undang-undang yang terpakai, termasuklah apa-apa pindaan, pengubahsuaian atau penggantian kepada undang-undang tersebut dan mana-mana perundangan subsidiari, garis panduan, peraturan-peraturan atau perkara-perkara yang serupa berhubung dengan undang-undang itu yang boleh digunakan dari semasa ke semasa dikuatkuasa.


  8. KESELAMATAN DATA PERIBADI
    Akses kepada Data Peribadi adalah terhad kepada kakitangan kami yang bertanggungjawab menjalankan perniagaan kami.

    Kami akan mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan kesemua Data Peribadi yang disimpan oleh pihak kami terlindung daripada sebarang kehilangan, penyalahgunaan atau pengubahsuaian yang tidak dibenarkan. Sebarang Data Peribadi yang diberikan kepada kami secara elektronik akan disimpan pada pelayan dengan selamat dan rapi. Kakitangan kami bertanggungjawab untuk menghormati kerahsiaan terhadap Data Peribadi yang diberikan kepada pihak kami.

    Walau bagaimanapun, jika anda memberikan data peribadi anda kepada kami melalui internet, kami tidak dapat menjamin keselamatan Data Peribadi anda secara menyeluruh. Walaupun Kumpulan Syarikat berusaha untuk melindungi privasi Data Peribadi anda, Kumpulan Syarikat tidak dapat menjamin keselamatan sebarang Data Peribadi yang dihantar kepada Kumpulan Syarikat secara menyeluruh. Oleh yang demikian, tindakan tersebut adalah diatas risiko anda sendiri. Kumpulan Syarikat akan mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi maklumat Data Peribadi yang telah diberikan kepada Kumpulan Syarikat daripada penyalahgunaan dan kehilangan dan daripada akses yang tidak dibenarkan, pengubahsuaian atau pendedahan.


  9. HAK UNTUK MENGAKSES DATA PERIBADI
    Di bawah APDP, anda mempunyai hak untuk mengakses Data Peribadi anda yang disimpan oleh kami dan boleh meminta kami untuk membetulkan apa-apa Data Peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau yang tidak lagi terpakai, tertakluk kepada batasan undang-undang yang berkenaan dan syarat-syarat kontrak.

    Jika anda ingin mengakses atau membetulkan Data Peribadi anda, anda boleh Hubungi kami (sila rujuk kepada Seksyen 13 Notis ini).

    Walau bagaimanapun, jika:
    1. pengaksesan memberi kesan kepada privasi orang lain;
    2. permintaan untuk mengakses adalah remeh atau menyusahkan;
    3. terdapat prosiding undang-undang yang telah dijalankan ada atau pada masa akan datang; atau
    4. hak mengakses tersebut boleh dinafikan di bawah undang-undang atau oleh agensi penguatkuasaan undang-undang,
    kami mungkin tidak dapat memberikan hak mengakses Data Peribadi anda yang disimpan oleh pihak kami.


  10. LAMAN WEB & KUKI
    Untuk memenuhi keperluan pengguna laman web dan juga bagi tujuan membangunkan perkhidmatan dalam talian kami, kami mungkin mengumpul maklumat dengan menggunakan kuki atau alat-alat elektronik yang serupa.

    Kuki adalah maklumat yang dihantar dari pelayan web ke komputer anda. Kuki digunakan untuk menyimpan maklumat 'login' dan maklumat lokasi untuk menjadikan pengalaman anda lebih mudah dan peribadi. Kami tidak menggunakan kuki untuk mengesan aktiviti internet anda sebelum atau selepas anda meninggalkan laman web kami. Tiada syarikat lain yang mempunyai akses kepada kuki kami.


  11. PINDAAN KEPADA NOTIS PRIVASI
    Kami berhak untuk meminda Notis ini dari semasa ke semasa tanpa memberikan notis terlebih dahulu. Kami menasihatkan agar anda menyemak Notis ini di laman web kami secara berkala.


  12. ADUAN
    Kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki prosedur kami agar Data Peribadi anda digunakan dengan sewajarnya. Jika anda merasakan pihak kami telah gagal untuk menguruskan Data Peribadi anda seperti mana yang terkandung di dalam Notis ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami supaya kami berpeluang menyelesaikan isu berkenanan untuk kepuasan anda.


  13. HUBUNGI KAMI
    Jika anda ingin mengakses atau membetulkan Data Peribadi, atau mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Notis ini, atau ingin menarik balik kebenaran anda kepada kami untuk pemprosesan Data Peribadi anda, untuk tujuan yang dinyatakan dalam perenggan 3 di atas atau untuk pemindahan Data peribadi anda kepada pihak-pihak yang dinyatakan dalam perenggan 4 di atas, sila hubungi kami dengan menulis kepada Jabatan Khidmat Pelanggan, 3A-1, Menara HSC, 187 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur atau menghantar e-mel ke enquiry@aragreens.com.